Impak seni bina bermusuhan Seni bina bermusuhan

Seni bina bermusuhan selalunya disasarkan kepada kumpulan orang yang tidak diingini, seperti pemain papan selaju atau orang yang tidak mempunyai perumahan yang stabil, juga akan memberi impak kepada orang yang tidak disasarkan seperti orang tua, orang kurang upaya, pekerja letih, wanita hamil, orang yang menjaga anak kecil, dan orang lain yang diingini. [3]

Sehingga tahap ini, masih belum ada kajian empirikal yang berskala luas mengukur kesan seni bina bermusuhan terhadap kesejahteraan gelandangan atau populasi sasaran lain. [21] Beberapa ahli komuniti gelandangan di England yang ditemu bual oleh penyelidik telah menyatakan bahawa reka bentuk bermusuhan menyumbang kepada perpindahan dan emosi mental mereka (membuatkan mereka merasa insignifikan), kerana nampaknya kepentingan perniagaan tempatan adalah lebih diutamakan daripada kelangsungan hidup mereka. [19]

Penggunaan reka bentuk infrastruktur yang bersifat pengecualian boleh menggalakkan kumpulan gelandangan untuk mencari tempat perlindungan gelandangan. Tempat perlindungan tersebut adalah lebih selamat dan lebih selesa daripada menjadi gelandangan di ruang awam. [21]

Rujukan

WikiPedia: Seni bina bermusuhan http://www.bbc.com/future/story/20131202-dirty-tri... http://hyperallergic.com/424567/stuart-semple-laun... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098014... http://journals.sagepub.com/doi/10.1177/0042098019... http://www.stltoday.com/news/local/metro/metro-s-b... http://theconversation.com/the-use-of-sonic-anti-l... http://www.theguardian.com/cities/2018/jan/24/anti... http://www.theguardian.com/music/2018/aug/31/art-s... http://www.theguardian.com/society/2015/feb/18/def... http://www.theguardian.com/us-news/2016/jun/10/san...